Wednesday, 29 May 2013

BBM3410 : Salam Terakhir

Salam terakhir pada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tak langsung dalam kursus BBM3410, Bahasa Dalam Multimedia, semester 2 (2012/2013). Pada mulanya masuk kelas multimedia ni tak rasa pa sgt,, besa2 ja,,, lpas dapt ja pelbagai tugasa drpda Dr. Nott,,, kpla dah mkin serabut,,, dengan tugasan subjek lain lg,,, PITA lg,,, fuh mnguji kesbran jugak la,,, yang paling tak puas hati dalam kls 2 bila sesi mnjwb soalan,, lambat skit dah dpt 0,,, lg mnguji ksbran,, apa bleh buat,, kna ikut jgk la,,, 

Tugsan yg pertama kna buat asa grafik,, ada 5 asas lau tak silap,,, mudah, teks, warna, keseimbangan n kesesuaian. macam2 ambik gmbr dr majalah,, krt sna-krt sini,,, kna buat lam msa 2 jam ja lam kls,,, buat punya bt,, tgk2 msa dah nk hbis,,, last2 siap thn dr kat pntu x mau bg dr kuar sbb nk hntar tgsan,,, hahaahha,,, adoi,, mcm2 buatnya..

Tugasan kedua plak potografi emosi,,, cara ambik plak ada 3,,, mug shot, midle shot n full shot,, msa 2 jd lah mcm2 emosi,,, temsukalah kawan aku Shahril a.k.a abg Depp,, nama pggilan dia lah dalam group aku,,, am ngan norli plak,, sorang sakit perut n sorg lagi prsasan lawa msa ambik gmbr emosi 2,,, si rosul plak tiba2 tertekan,,, nmpk la emosi yg dtunjukkan 2...

lpas 2 video one shot plak,, video one shot yg paling aku minat,,, bergaya mengalahkan artis,,, artis lg la klh,, hahah,,, terhasillah parody lagu najwa dengan kerjasama Projek Production Sdn. Bhd. nma group aku la 2,,, hahahahaah.... nak tgk video bleh lah kat bawah ni nanti ada aku msukkan...


tugsan baru plak datang,,, Simpulan bahasa plak,, yang susahnya,,, dapat simpulan bahasa 2, past 2 kna ambik gambar,,, past 2 x leh tulis plak simpulan bahasa 2,,, dr sdri yang akan tgk sma ada btl ka tak gmbr ngan.... lau nk tgk jgk ada kat bwh t,, hahahaa smua kat bwh kan....

tiba2 video seram plak disuruhnya dr kami buat... video seram ni tau2 saja la,,, pnakut kan... nak tak nak kna buat jgk,,, cari prop termasuk rmbut palsu untuk hantu sampai ke Times Squre KL tau,,, gila buat keja camni,,, hahahaha msa nk rkm video 2 ada la rsa srm2 sejuk jgk,,, geng2 dlam group aku tak tau la plak asa ka tak,,, buat jala samapai smua siap,,, nk tgk? tggu tgk kat bwh,,, haahahah

ada lagi tugasan tntg video ni,,, adoi,,, video tnpa wajah plak,,, ni 1 hal rkm certa xda wajah,, apa ke hal nya,,,? pkir punya pkir dalam group kami 2,, dpt 1 kisah,,, rkm lah,,, mka siap,,, ada kat bwh t,,, jgn lupa tgk,,,

ada plak,, slide gmbr unik,,, kta Dr Nott gmbr yg x pnh org ambik or sngaja ambik,,, tp bila dah ambik,, gmbr 2 ada nilai,,, tugasa ni kna gabung kmpulan,,, gbung la dgan ceritragadis n kumpulan aura cantik... t tgk kat bawah ya,,,

kerjasama 2 tak brnti c 2 ja,,, ada lagi,,, video kebiasaan rakyat malaysia,,, contohnya,,, ali tanya abu yang sedang siram bunga,,, "abu siram bunga ka?", abu jawab " ya siram bunga".. tp dalam video ni,, Dr Nott tak mau jwpn yang betul,,, nk tau pa jwpn yg tak btul 2,, tgk nanti..

ada lagi,,, video pngajaran yang kumpulan kaim buat dengan ceritaragadis n aura cantik,,, video pengajara... apa yang tak boleh n apa yang boleh kita buat bila d satu2 tempat,,, contoh yanng mudah perpustakaan,, n kumpulan kami pun buat c 2 lah,,, tgk nanti..

ni tugasan yang solo plak,,, kna buat kalendar 2014 plak,,, gna photosop,,, ni smua tugasan solo buat msa kls tuturiol,, cik wani aryfinn,, t .ksih cik,,, kalendar ni kna ada gmbr org tak kisah lah gmbr sapa jnji orang n ada plak kna 2lis kata2 mcm lbih kurang kata nasihat la...

past 2 ada kna buat slide alam semulajadi,,, lbih kurang macam sajak lah berkaitan dengan alam semulajadi n ada video sikit dalamnya 2,,, pnat jgk buat...

blog n twitter jgk kna ada,,, sbnrnya blog n twitter ni dah lma buat,, n pkai yang 2 jala tok sambung tugasan yang Dr Nott bg ni...

tugasan yang terakhir tok solo ni,,, laman web,,, mula2 ssh gak nk buatnya sbb x pnh buat an... dah buat baru tau cmna nk buat,,, lau nk tgk web aku bkak kat link ni http://mohdkhairul.weebly.com/....

byk kan tugasan yg nk kna buat,, mcm tak caya ja bleh buat smua ni,,, bila dah siap smua asa bangga pun ada sbb dapt siap smua,,, n t.ksih tak terhingga kpd am, caen , norli n rosul sbb sma2 buat tugasan kumpulan,, t sih jgk kpd kmpulan ceritaragadis n aura cantik yang sudi bkerjasama dgn kami,,, buat rkn2 lain buat smua yang terlibat dengan kursus BBM3410,,, hrap dapat bljar n dapt kptusan yang cmerlang.. insha ALLAH... yang terakhir skali Nr Nott a.k.a Dr. Normaliza,, trma kasih bnyak2 keran sudi memberikan ilmu kpda sya n kwn2 yang lain,, moga diberkati oleh ALLAH..


video one shot
http://www.youtube.com/watch?v=Kl1EOXICLLA

video seram

video tanpa wajah

video kebiasaan orang malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50

gambar unik
http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg



Saturday, 20 April 2013

BBM3410 Video Tanpa Wajah UPM



Minggu ni dapat lagi 1 video. Nama video ni video tanpa wajah. Pa yang penting dalam video ni, tanpa wajah lah. Maksudnya tanpa muka. Sebagai contoh guna tangan, kaki, atau benda2 lain macam bag, berus gigi ka, kasut ka dan sebagainya. Video ni kena buat dalam 4 minit jugak. Masa mula2 dapat tajuk ni pening jugak nak fikir jalan ceritanya sbb Dr Nott mintak ada jalan carita.






Kami memilih tuk bt guna tangan. Dalam banyak2 kami pilih tangan. Mungkin kami rasa tangan ni mudah skit kot. 20 april 2013, masa nak rakam. Pada pukul 10 pagi mula lah sesi rakaman kami. Jalan cerita kami pilih yang senang2 jala. X payah carita sini lah. Nanti korang semua boleh tengok hasilnya kat bawah entry ni.
Dalam satu pagi ja rakaman kami dah siap. Seperti biasa tugasan untuk mengedit. Pertama kami buang rakaman yang rasakan tidak perlu atau tak penring contohnya rakaman yang yang gelak2 atau lbih kurang dipanggil di sebalik tabir lah dalam pembikinan filem. Setelah semua video disusun cantik mengikut jalan ceritanya, masa tuk ltak lagu ikut kesesuaian. Akhirnya video pun siap… ni lah hasilnya… selamat menonton, video tanpa wajah (projek Production Sdn. Bhd.)


Wednesday, 17 April 2013

BBM3410 Pengalaman Video Seram

Satu lagi kerja kursus yang baru dapat, kadang2 pening jugak nak bt video ni, kan apa, tiap2 minggu dapat video baru. Kali ni dapat video seram plak. Mula2 pening nk bt jalan ceritanya, selepas berbincang dengan ahli kumpulan kami iaitu kumpulan Projek Production Sdn. Bhd., kami memilih untuk membuat cerita Dendam Kesumat. Cerita ini mengisahkan seorang wanita yang dirogol dan dibunuh akhirnya kembali menghantui orang2 yang menjadi punca kpd pembunuhannya. Cerita skit sdh la,,, nanti korg tak tgk plak dlm cerita 2 nanti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum pergambaran bermula aku nk cerita skt tntg syarat2 yang telah diberikan oleh pensyarah kami.  Dalam video 2 masanya lbih kurag 4 minit. Suara manusia bercakap tidak dibenarkan. Susah jgk klu dipikirkan mcm mana nk bt. Lpas 2, hanya dibenarkan kesan bunyi ja contohnya bunyi mengilai, bunyi pintu dibukak, bunyi seram dan sewaktu dengannya. jd bermulalah sesi penggambaran.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebelum kami mulakan sesi penggambaran, kami pergi mencari prop dlu. Lokasi kami ialah Berjaya Times Squre. Sampai di situ pening jgk nak mencari bhn2 ni. Pusing punya pusing jmpa jgk. Lps 2 membeli lah kami, beli rambt palsu, jadi hantu dan gigi puntianak. Nak balik plak 1 mslh, tak jmpa jln nak kluar dari times squre 2. Pusing2 last ambik kluar ikut lobi. Dah sampai keta plak 1 lg mslh, tak tau jlan nak blik. Pergi tau. So tibai jalan. Inshaa ALLAH smpai. Pusing2 sampai kg pndan mna tah. Pusing blik las2 jmpa bukit jalil. N syukur smpai jgk balik upm.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam 2 pengambaran bermula. Makeup hantu dulu. Tq kpd siti mahani n siti nur atikaf yang sudi tolong makeup artis. Masa mula2 seram jgk bila hantu dah pakai lengkap. Aku sdri yg seram. Penggambaran bermula. Macam2 teknik guna. Tekniknya pakai tibai ja. Main gna kamera lah, guna roda tok gerakkan hantu n mcm2 lg lah. 2 mlm 1 hari jgk la ambik masa. Past 2 siap penggambaran.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa tok edit plak. Setelah digabungkan semua video yang kami ambik. Terlampau pnjang la plak. 14 minit. Terpaksa lah cut yang mna tak perlu. So msuk dlm cyberlink power director. T.ksih kpd cyberlink poerw director krna membantu kami. Walaupun trail version tp dpt gna jgk. Kesan suara kami cari dalam internet. Dapat lah macam2 jenis kesan suara. Akhirnya video pun siap dan diuploadkan dalam utube. Klu nak cr dlm utube taip ja BBM3410 Dendam Kesumat – Video Seram (Projek Production Sdn Bhd). Itu sja lah. Tnggu next asngment plak lah kna bt video apa. Tggu kemunculan kami, Dendam Kesumat, Projek Production Sdn. Bhd. Inilah hasilnya. selamat menonton.




Sunday, 14 April 2013

BBM3410 Simpulan Bahasa UPM



Pada minggu yang sama juga, kami ditugaskan untuk membuat slide show yang berteraskan simpulan bahasa. Dalam tugasan ni, kami kena pilih 12 simpulan bahasa yang terdapat dalam senarai simpulan bahasa la. Sebagai contoh kaki ayam, panas baran, dahi licin, dan sebagainya. Dalam tugasan ni kami perlu mengambil gambar ahli kumpulan dan kemudian sesuaikan gambar tersebut dengan simpulan bahasa yang dipilih lah contohnya kaki ayam disesuaikan dengan gambar orang yang sedang berjalan dengan tidak menggunakan kasut.

Selain itu, simpulan bahasa madu tiga disesuaikan dengan seorang lelaki yang beristeri 3.


Kemudian semua simpulan bahasa dengan gambar itu dimasukkan dalam power point. Kami masukkan lagu puith-putih melati oleh ST12. Lagu tersebut akan berfungsi secara automatik berserta slide simpulan bahasa hingga akhir slide. Perkara itu adalah kehendak pensyarah kami. Dalam akhir slide 2, kami perlu memasukkan kredit title, iaitu orang yang telah bekerja dalam pembikinan slide ini scontohnya pengarah, jurugambar, penata muzik, penata lokasi, lagu asal dan penerbit. Maka siaplah video itu dan akan dipersembahkan dalam kelas nanti.. sekian…

BBM3410 One Shot Video UPM



Minggu ni dapat tugasan baru, tugasan lama iaitu asas grafik masih lagi dalam kepala dah dapat tugasan baru. Jeng jeng jeng… setiap kumpulan perlu menyiapkan  satu one shot video. Mula-mula aku tak faham pun apa tu one shot video, tapi selepas DRNOTT bagi penenerangan baru aku faham. One shot video ni lebih kurang macam perodi la kalau dalam u tube. Tapi syarat dia kena rakam tanpa menggerakkan kamera. Pilih 1 lagu ena rakam tanpa menggerakkan kamera. Pilih 1 lagu yang minat ke sesuai ka, lepas 2 buat one shot video. Lepas 2 kena menari plak,,, dah aku ni buta dalam menari,,, jadi mau tak mau tibai jala.. rakaman 2 kumpulan kami iaitu kumpulan  Projek Production Sdn. Bhd. Atau dikenali sebagai kumpulan 5 buat one shot video ni di dewan putra 2, upm. Mula-mula sblm nk shot ni pakai smart2 sikit kan,,, alang2 nak masuk utube. Mana tau bleh jadi artis ka.. hahahahaha,, angan2 tak slah kan.
 Lepas 2 mula lah rakaman kami, pengarah shahril memberi penerangan sikit tentang perjalanan rakaman termasuk tarian dan pergerakan ahli kumpulan semasa rakaman dibuat. Harus kami ingat, rakaman video ini harus dibuat tanpa mengalihkan kamera atau cut2 video. Rakaman hanya dibuat sekali sahaja tanpa memotong mana2 bahagian dan menyambungnya semula. Itulah yang dinamakan one shot video. Kami memilih lagu untuk dia yang dinyanyikan oleh najwa latif feat sleeq. Kami memilih lagu ni sebab dalam kumpulan kami ada seorang pompaan ja yang boleh jadi najwa latif.
Setelah rakaman siap, masa untuk menyusun menjadi 1 video lengkap. Dalam video tersebut mestilah termasuk video tadi dan kredit title kepada semua yang bekerja untuk hasilkan video ini. Aku ditugaskan untuk mengedit video. Tugas mengedit ni memang susah. Yang susahnya ialah aku ni bab guna kpmputer lemah sikit. Maklumlah sambung blajar baru nk bejinak2 dengan teknologi. Sebelum ni tak penah. Satu masalah timbul. Apabila semua dah disusun, nak save pulak tak boleh. Live movie aku masalah plak. Banyak kali try, masih jadi benda yang sama. Jadi macam software 2 dah corrupt. Akhir sekali aku cuba guna laptop kawan aku, am, pakai vegas movie hd plak. Susun punya susun, tup2 siap… nak tau tak berapa lama aku susun benda alah 2? Daripada pukul 12 tgh hari sampai kol 12 tgh mlm. Keja gila la agak2 kan… tapi nak buat macam mana, tugasan kan. Kena la bertungkus-lumus. Sekian…  
Lepas ni apa pulak yang menanti aku tak tau lah.. tunggu jala…….

Inilah hasilnya


Friday, 8 March 2013

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku buat blog tok saja-saja buat ja,,, tapi sejak 2,3 hari ni kena guna plak blog ni tok dapat markah dalam kerja kursus. jadi mau tak mau kena jugak lah... Ada kawan plak tolong ajarkan macam mana nak buat blog ni,,, terima kasih la kepada yang menolong... lepas ni tak tau lagi pa yang kena buat,,, harap-harap tak dak masalah pa-pa lah,,, kepada kawan-kawan sekursus yang kena buat blog jugak,,, teruskan usaha anda... moga usaha anda itu diberkati oleh Allah s.w.t 

sekian,,,

Wednesday, 6 March 2013

cerita ni tak la ok sangt,, cuba la baca,,



KEHENINGAN pagi telah membawa aku ke stesen bas Baling. Keadaan pagi itu sangat hening. Gunung-gunung diselubungi gabus tebal seperti menunjukkan bahawa pagi tadi titisan hujan telah turun melimpahi bumi. Tetapi jalan-jalan yang aku lalui untuk menjejakkan kakiku ke stesen bas baling kelihatan kering kontang umpama diresapi bahang matahari. Mungkin hari semalam tidak hujan tetapi gabus yang melitupi gunung Baling yang tersergam indah itu menunjukkan suasanan kampungku yang masih lagi dalam keadaan bersih dari pencemaran alam. Perjalananku hari ini agak jauh ke selatan tanah air. Bas Transnasional berkerusi VIP yang akan aku naiki sebentar lagi akan membawaku ke tengah-tengah kesibukan kota. Kota yang aku maksudkan ini adalah kota raya Kuala Lumpur. Masa yang kunantikan telah pun tiba. Lambaian tangan daripada ahli keluarga tercinta menyebabkan hati sayu kembali lagi. Tetapi desakan pelajaran membuatkan aku tabah dalam menghadapi semua ini. Bas telah memulakan perjalanannya menyusuri jalan-jalan di lereng bukit gunung Inas. Pandangan mataku tertoleh kebelakang kembali melihat puncak gunung Baling.
 “Entah bila pulak aku nak balik ni”.
Hati ku bermonolog sendirian. Keadaan didalam bas kelihatan riuh kerana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pulang ke Kuala Lumpur  kerana cuti persekolahan akan melabuhkan tirainya dua tiga hari lagi. Tidak kurang juga anak-anak muda yang membawa diri mereka untuk mencari rezeki yang halal di Kuala Lumpur yang dikatakan “lubuk emas” kepada rakyat Malaysia. Aku juga akan meneruskan perjuanganku sebagai seorang perlajar di salah satu universiti di ibu kota sebelum aku melangkah kealam pekerjaan. Bas terus menyusuri  gunung Inas dan sampai ke stesen bas Kroh untuk memenuhkan penumpang. Keadaan dalam bas sebelum ini ditambah lagi keadaan riuh rendah apabila semua penumpang telah memenuhi runag tempat duduk di dalam bas. Setelah lima minit, bas terus bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
            Dalam keasyikan melihat pemandangan di luar tingkap, fikiranku tiba-tiba terkenangkan peristiwa yang telah berlaku tujuh tahun lalu. Di dalam sebuah wad yang dipanggil wad melor 1 di sebuah hospital di daerah baling menempatkan pesakit-pesakit dalam kalangan lelaki. Dalam wad tersebut menempatkan 12 orang pesakit. Tetapi ketika itu hanya terdapat 9 orang pesakit sahaja yang menghuni katil-katil di dalam wad tersebut. Pagi itu kelihatan jururawat mundar- mandir di dalam wad tersebut. Ini sudah menjadi kebiasaan wad tersebut pada waktu pagi. menjadi kebiasaan pesakit-pesakit yang menghuni wad Melor 1 akan diperiksa tekanan darah, tahap gula dalam badan, suhu kepanasan dan banyak lagi. Menjadi kebiasaan aku sebagai seorang tukang cuci sambilan akan meneruskan rutin harian dengan menyapu, menyuci lantai dan memeriksan keadaan tandas supaya dalam keadaan sempurna agar pesakit-pesakit dan semua staf dalam wad tersebut berada dalam keadaan yang ceria. Tetapi hari tersebut berlaku agak suram sedikit. Keadaan dalam wad agak diam dan pergerakkan tidak seperti keadaan yang sebelumnya.
Hatiku berbisik, “kenapa hari suram hah?” . Aku menjawab sendiri soalan yang diajukan dalam hatiku, “mungkin hari ni bukan hari minggu kot... tak ada yang ramai melawat saudara mara mereka kot hari ni…” bisikku lagi.

Dalam keasyikan aku melakukan tugas sebgai seorang tukang cuci sambilan, masuk seorang pesakit baru yang agar unzur keadaannya. Hidungnya yang dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan berkemungkinan dia mengalami penyakit asma atau sesak nafas. Dadanya juga telah dilengkapi dengan wayar-wayar yang menjadi kebiasaan pesakit lain sebelum ini yang ku tahu bahawa pesakit ini mengidap penyakit jantung. Disisinya setia menunggu seorang isteri yang yang ku fikir sangat setia dan sangat menyayanginya walaupun usia mereka semakin senja. Kelihatan isterinya berwajah muram dan terpancar mimik-mimik kesedihan tentang apa yang berlaku kepada suaminya.
Dalam wad yang berkeadaan suram aku lihat si isteri menuju ke dalam bilik air dan keluar dengan tangan, muka dan kaki yang basah mencapai surah yasin yang disediakan oleh wad dan terus duduk di sebelah suaminya. Dalam keadaan yang sedih dan pilu, si isteri memulakan bacaan surah yasin yang diaambilnya sebentar tadi dengan harapan Allah dapat menyembuhkan suaminya yang sedang terlantar sakit. Alunan yasin dapat kudengari sehingga ke hujung bucu wad tersebut. Keadaan wad terus menjadi kelu apabila mendengar bacaan surah yasin yang dibaca oleh seorang wanita yang sangat menyayangi Allah dan suaminya itu. Aku terus meneruskan tanggungjawabku. Kerana selepas ini aku perlu ke wad Melor 2 pulak untuk menunaikan tanggungjawab aku ini.
 Dalam kemerduan suarah yasin dan keasyikan aku bekerja. Tiba-tiba hadir seorang lelaki menuju masuk ke dalam wad tersebut. Mereka seperti sedang menanyakan sesuatu di kaunter wad tersebut. Aku menbayangkan mereka sedang mencari seseorang yang berkemungkinan orang itu berada dalam wad ini. Mungkin pesakit atau pun mungkin staf-staf yang bekerja di dalam wad ini. Tetapi belum pernah orang datang untuk mencari staf disini melainkan hanya untuk melawat pesakit sahaja. Sangkaan ku betul. Seorang lelaki yang baru sampai tadi mencari ayahnya yang sedang sakit. Rupa-rupanya, pakcik yang baru masuk tadi adalah ayahnya dan wanita yang sedang membaca yasin itu adalah ibunya.
            Tiba-tiba keadaan di dalam wad yang tadi dalam keadaan suram bertukar riuh. Keadaan menjadi agak genting apabila anaknya tiba-tiba telah meninggikan suara. Aku tidak mendengar dengan jelas perkataan yang disebut oleh anak pakcik itu. Setelah didengari dengan teliti, barulah aku tahu apa yang sebenarnya telah terjadi oleh keluarga mereka. Pada asalnya mereka adalah sebuah keluarga yang amat susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Si ayahnya hanyalah seorang petani ketika anaknya masih lagi kecil. Si ayah telah membanting tulang setiap hari bagi menyara mereka sekaluarga. Keadaan mereka sangat menyedihkan. Rumah berbumbungkan kebocoran, pakaian hanya cukup pakai dan ada kalanya sumber makanan harus dikongsi mereka bertiga. Namun si ayah tetap berusaha untuk memenuhi keperluan mereka anak-beranak sehinggalah si ayah dapat mengumpulkan wang yang tidak seberapa banyak. Wang tersebut telah menyebabkan si ayah memperolehi tanah yang dalam hati si ayah ingin memjadikan tanah tersebut sebagai tanah pusaka keluarga. Namun, si ayah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan anaknya kerana tidak mahu anaknya apabila meningkat dewasa kelak menjadi seorang yang tamak akan hartanya itu.
Hari demi hari berlalu, anak yang dahulunya kecil dan duhulunya setahun jagung telah membesar dengan cepat. Anaknya itu akhirnya telah berjaya menjadi pegawai kerajaan yang berpangkat pegawai. Kejayaan yang dia kecapi hari ini adalah berkat usaha kedua ibu bapanya yang tidak bosan dan jemu mendidik dan menyediakan semua keperluan harian walaupun tidak seberapa. Namun, disebalik kejayaan yang telah dikecapi, anaknya itu umpama telah lupa akan asal-usul mereka yang dulunya tidak mempunyai kekayaan ataupun kemewahan. Anaknya yang dulunya mempunyai sifat rendah diri telah pun menjadi lupa daratan.
            Setelah ayahnya jatuh sakit, ibunya telah terlepas kata memberitahu tentang tanah yang keluarga mereka perolehi hasil daripada ketekunan si ayah membanting tulang pada waktu dahulu. Si ibu telah pun berjanji dengan si ayah bahawa tidak akan memberitahu perkara ini kecuali sesuatu yang buruk berlaku pada si ayah. Oleh itu, si anak yang telah mengetahui perkara tersebut mula hilang arah dan telah membayangkan kekayaan yang akan diperolehinya jika tanah itu dijual. Namun si ayah telah menyatakan bahawa tanah itu akan dijadikan tanah pusaka keluarga. Di situlah terjadinya pergolakan ini yang akhirnya telah membawa anaknya ke hospital ini. Sebelum mengetahui tentang perkara tanah tersebut, si anak jarang selaki pulang kekampung. Apabila ditanya, dia akan member banyak alasan yang tidak menasabah seperti kerja terlalu banyak di pejabat, tiada masa untuk pulang dan sebagainya. Namun, akibat daripa tamak akan wang si anak sanggup pulang ke kampong untuk berbicara tentang perkara itu. Dalam keadaan kurang sihat, si ayah telah mengatakan sesuatu kepada anaknya. Kedengaran di telinga aku ini seperti
“Kamu jangan jual tanah itu. Tanah itu ayah nak jadikan tanah pusaka keluarga kita. Tanah ini hasil tangan ayah hanya untuk lihat anak cucu ayah senang dalam masa yang panjang. Kalau kamu jual tanah ini. Duit itu akan habis dalam sekelip mata. Jangan kamu tamak akan kesenangan sebentar.”
Si ayah seorang yang sangat berpandangan jauh walaupun anaknya member pelbagai alasan untuk menjual tanah tersebut. Selang beberapa ketika kekecohan yang berlaku sebentar tadi bertukar aman. Kekecohan itu terdiam akibat datangnya seorang lelaki iaitu kawan baik kepada si ayah. Pak Samad ialah seorang pesara petani. Dia merupakan seorang rakan yang sangat baik kepada si ayah. Jika si ayah mempunyai masalah pasti pak samad akan menolongnya. Baik dari segi kewangan mahupun nasihat. Kehadiran Pak samad tepat pada waktunya. Kekecohan yang seketika tadi dapat menggamatkan keadaan tiba-tiba reda dengan kehadiran Pak Samad. Pak Samad sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Tiba-tiba Pak Samad membuka sarahannya. Si anak dengan angkuh mendengar tanpa ikhlas.
“Ayah kamu seorang yang sangat tabah. Kamu tahu tak.? Sewaktu kamu masih kecil, keluarga kamu sangat susah dan tidak berharta. Ayah kamu membanting tulang siang dan malam untuk menyara kamu sekeluarga. Dia juga sanggup berpanas dan berhujan untuk mencari sesuap nasi untuk kamu. Jika dia mempunyai wang lebih dia akan simpan walaupun nilainya sedikit.”
Kelihatan si anak mula mendongakkan kepala untuk mendengar kata-kata pak samad yang berkemungkinan mempunyai nilai. Berkemungkinan sudah ada keinsafan dalam diri anaknya. Pak samad meneruskan ceritanya lagi.
 “ Kamu tahu tak, ayah kamu ini mengidap sakit jantung? Dia harus dibedah tau.”
 Si anak yang mendengar berita itu berwajah terkejut. Dalam hatiku berfikir si anak belum tahu penyakit yang dialami oleh ayahnya. Berkemungkinan sangkaannya, si ayah hanyalah mengidap demam atau sakit biasa sahaja. Keadaan yang riuh tadi menjadi hiba. Si anak mula menunjukkan wajah pilu terhadap si ayah. Si anak mula tersentuh dengan peringatan yang telah pak samad ceritakan tadi. Si anak mula mengeluarkan air mata. Dealam tidak semena-mena, si anak terus memegang tangan si ayah untuk meminta ampun. Mungkin si anak sudah terdetik insaf dihati supaya menghormati ibu bapanya. Si ayah dengan sifat kebapaaan dengan senang hati mememaafkan anaknya walaupun si anak telah melukakan hatinya.  Tiba-tiba datang seorang doktor yang memberitahu bahawa masa pembedahan telah pun tiba. Dengan tidak semena-mena si anak terus meminta maaf sekali lagi dan terus mengeluarkan air mata. Si ayah yang dalam keadaan sakit turut mengeluarkan airmatanya. Sangat bernilai air mata seorang ayah.
  Troli yang menempatkan si ayah di tarik keluar untuk memasuki bilik pembedahan. Keadaan di situ menjadi sangat sunyi dan pilu. Si anak dan si ibu menyusuli si ayah ke wad pembedahan. Dalam perjalanan si ibu terus berdoa supaya suaminya yang tercinta dapat diselamatkan. Si anak juga kelihatan telah menyesali perbuatan yang dilakukannya terhadap ayahnya. Setelah beberapa jam, tanda merah pada pintu wad bedah hospital ditutup. Kelihatan keluar dari pintu wad seorang doktor yang mukanya sekilas pandang tersembunyi kekecewaan. Namun apabila dilihat untuk kali keduanya doktor tersebut tersenyum membawa tanda positif. Akhirnya si ayah dapat dengan diselamatkan hasil usaha doktor dan si ibu yang tidak jemu berdoa kepada Allah s.w.t. berkemungkinan berkat keinsafan  si anak menguatkan semangat si ayah untuk meneruskan kehidupan. Menurut maklumat yang telah aku perolehi kemudian itu, si anak telah pun menjadi seorang yang sangat bertangungjawab. Dia telah membawa kedua ibu bapanya ke kota untuk tinggal bersamanya. Tanah yang dahulunya hendak dijual akhirnya menjadi sebuah kebun getah yang telah mengeluarkan hasil yang amat lumayan hasil usaha mereka sekeluarga. Bayangkanlah jika tanah itu dijual.
            Tiba-tiba kurasakan deruman enjin bas mula terasa perlahan. Rupa-rupanya destinasi yang aku ingin tuju telah pun tiba. Kurasakan ingatan aku sebentar tadi bagaikan mimpi dan khayalan. Peristiwa lalu yang hinggap difikiranku sebentar tadi membuatkan aku seperti di alam mimpi kembali pada masa tersebut. Akhirnya aku menyedari betapa kasihnya seorang ayah kepada setiap anaknya. Kisah tersebut membuatkan aku sedar bahawa kita sebagai seorang anak haruslah menyayangi kedua ibu bapa kita walaupun apa yang terjadi. Buruk baik mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Mereka sanggup berkorban demi kita. Tetapi kita sebgai seorang anak belum pasti dapat berkorban untuk mereka. Sesungguhnya kasih ayah tiada ternilai, kasih ibu membawa kesyurga,


BBM3410

MINGGU 4, 13/3/2013
  • GUNTING
  • GAM
  • PENEBUK LUBANG
  • PEMBARIS
  • MAJALAH LAMA - BERKILAT
  • REBEN - 1/4 INCI LEBAR, 1/2 METER PANJANG
  • MOUNTING BOARD SAIZ A4
  • PISAU/CUTTER
"nak buat apa ni agak-agak ya?"