Pada minggu yang
sama juga, kami ditugaskan untuk membuat slide show yang berteraskan simpulan
bahasa. Dalam tugasan ni, kami kena pilih 12 simpulan bahasa yang terdapat
dalam senarai simpulan bahasa la. Sebagai contoh kaki ayam, panas baran, dahi
licin, dan sebagainya. Dalam tugasan ni kami perlu mengambil gambar ahli
kumpulan dan kemudian sesuaikan gambar tersebut dengan simpulan bahasa yang
dipilih lah contohnya kaki ayam disesuaikan dengan gambar orang yang sedang
berjalan dengan tidak menggunakan kasut.
Selain itu,
simpulan bahasa madu tiga disesuaikan dengan seorang lelaki yang beristeri 3.
Kemudian semua
simpulan bahasa dengan gambar itu dimasukkan dalam power point. Kami masukkan
lagu puith-putih melati oleh ST12. Lagu tersebut akan berfungsi secara
automatik berserta slide simpulan bahasa hingga akhir slide. Perkara itu adalah
kehendak pensyarah kami. Dalam akhir slide 2, kami perlu memasukkan kredit
title, iaitu orang yang telah bekerja dalam pembikinan slide ini scontohnya
pengarah, jurugambar, penata muzik, penata lokasi, lagu asal dan penerbit. Maka
siaplah video itu dan akan dipersembahkan dalam kelas nanti.. sekian…
No comments:
Post a Comment