KEHENINGAN pagi telah membawa
aku ke stesen bas Baling. Keadaan pagi itu sangat hening. Gunung-gunung
diselubungi gabus tebal seperti menunjukkan bahawa pagi tadi titisan hujan
telah turun melimpahi bumi. Tetapi jalan-jalan yang aku lalui untuk menjejakkan
kakiku ke stesen bas baling kelihatan kering kontang umpama diresapi bahang
matahari. Mungkin hari semalam tidak hujan tetapi gabus yang melitupi gunung
Baling yang tersergam indah itu menunjukkan suasanan kampungku yang masih lagi
dalam keadaan bersih dari pencemaran alam. Perjalananku hari ini agak jauh ke
selatan tanah air. Bas Transnasional berkerusi VIP yang akan aku naiki sebentar
lagi akan membawaku ke tengah-tengah kesibukan kota. Kota yang aku maksudkan
ini adalah kota raya Kuala Lumpur. Masa yang kunantikan telah pun tiba.
Lambaian tangan daripada ahli keluarga tercinta menyebabkan hati sayu kembali
lagi. Tetapi desakan pelajaran membuatkan aku tabah dalam menghadapi semua ini.
Bas telah memulakan perjalanannya menyusuri jalan-jalan di lereng bukit gunung
Inas. Pandangan mataku tertoleh kebelakang kembali melihat puncak gunung
Baling.
“Entah bila pulak aku nak
balik ni”.
Hati ku bermonolog sendirian. Keadaan didalam bas kelihatan riuh
kerana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti persekolahan akan melabuhkan
tirainya dua tiga hari lagi. Tidak kurang juga anak-anak muda yang membawa diri
mereka untuk mencari rezeki yang halal di Kuala Lumpur yang dikatakan “lubuk
emas” kepada rakyat Malaysia. Aku juga akan meneruskan perjuanganku sebagai
seorang perlajar di salah satu universiti di ibu kota sebelum aku melangkah kealam
pekerjaan. Bas terus menyusuri gunung
Inas dan sampai ke stesen bas Kroh untuk memenuhkan penumpang. Keadaan dalam
bas sebelum ini ditambah lagi keadaan riuh rendah apabila semua penumpang telah
memenuhi runag tempat duduk di dalam bas. Setelah lima minit, bas terus
bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Dalam keasyikan
melihat pemandangan di luar tingkap, fikiranku tiba-tiba terkenangkan peristiwa
yang telah berlaku tujuh tahun lalu. Di dalam sebuah wad yang dipanggil wad
melor 1 di sebuah hospital di daerah baling menempatkan pesakit-pesakit dalam
kalangan lelaki. Dalam wad tersebut menempatkan 12 orang pesakit. Tetapi ketika
itu hanya terdapat 9 orang pesakit sahaja yang menghuni katil-katil di dalam
wad tersebut. Pagi itu kelihatan jururawat mundar- mandir di dalam wad
tersebut. Ini sudah menjadi kebiasaan wad tersebut pada waktu pagi. menjadi
kebiasaan pesakit-pesakit yang menghuni wad Melor 1 akan diperiksa tekanan
darah, tahap gula dalam badan, suhu kepanasan dan banyak lagi. Menjadi
kebiasaan aku sebagai seorang tukang cuci sambilan akan meneruskan rutin harian
dengan menyapu, menyuci lantai dan memeriksan keadaan tandas supaya dalam
keadaan sempurna agar pesakit-pesakit dan semua staf dalam wad tersebut berada
dalam keadaan yang ceria. Tetapi hari tersebut berlaku agak suram sedikit.
Keadaan dalam wad agak diam dan pergerakkan tidak seperti keadaan yang
sebelumnya.
Hatiku berbisik, “kenapa hari suram hah?” . Aku menjawab sendiri soalan
yang diajukan dalam hatiku, “mungkin hari ni bukan hari minggu kot... tak ada
yang ramai melawat saudara mara mereka kot hari ni…” bisikku lagi.
Dalam keasyikan aku melakukan tugas sebgai seorang tukang cuci
sambilan, masuk seorang pesakit baru yang agar unzur keadaannya. Hidungnya yang
dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan berkemungkinan dia mengalami penyakit
asma atau sesak nafas. Dadanya juga telah dilengkapi dengan wayar-wayar yang
menjadi kebiasaan pesakit lain sebelum ini yang ku tahu bahawa pesakit ini
mengidap penyakit jantung. Disisinya setia menunggu seorang isteri yang yang ku
fikir sangat setia dan sangat menyayanginya walaupun usia mereka semakin senja.
Kelihatan isterinya berwajah muram dan terpancar mimik-mimik kesedihan tentang apa
yang berlaku kepada suaminya.
Dalam wad yang berkeadaan suram aku lihat si isteri menuju ke dalam
bilik air dan keluar dengan tangan, muka dan kaki yang basah mencapai surah
yasin yang disediakan oleh wad dan terus duduk di sebelah suaminya. Dalam keadaan
yang sedih dan pilu, si isteri memulakan bacaan surah yasin yang diaambilnya
sebentar tadi dengan harapan Allah dapat menyembuhkan suaminya yang sedang
terlantar sakit. Alunan yasin dapat kudengari sehingga ke hujung bucu wad
tersebut. Keadaan wad terus menjadi kelu apabila mendengar bacaan surah yasin
yang dibaca oleh seorang wanita yang sangat menyayangi Allah dan suaminya itu.
Aku terus meneruskan tanggungjawabku. Kerana selepas ini aku perlu ke wad Melor
2 pulak untuk menunaikan tanggungjawab aku ini.
Dalam kemerduan suarah yasin
dan keasyikan aku bekerja. Tiba-tiba hadir seorang lelaki menuju masuk ke dalam
wad tersebut. Mereka seperti sedang menanyakan sesuatu di kaunter wad tersebut.
Aku menbayangkan mereka sedang mencari seseorang yang berkemungkinan orang itu
berada dalam wad ini. Mungkin pesakit atau pun mungkin staf-staf yang bekerja
di dalam wad ini. Tetapi belum pernah orang datang untuk mencari staf disini
melainkan hanya untuk melawat pesakit sahaja. Sangkaan ku betul. Seorang lelaki
yang baru sampai tadi mencari ayahnya yang sedang sakit. Rupa-rupanya, pakcik
yang baru masuk tadi adalah ayahnya dan wanita yang sedang membaca yasin itu
adalah ibunya.
Tiba-tiba keadaan
di dalam wad yang tadi dalam keadaan suram bertukar riuh. Keadaan menjadi agak
genting apabila anaknya tiba-tiba telah meninggikan suara. Aku tidak mendengar
dengan jelas perkataan yang disebut oleh anak pakcik itu. Setelah didengari
dengan teliti, barulah aku tahu apa yang sebenarnya telah terjadi oleh keluarga
mereka. Pada asalnya mereka adalah sebuah keluarga yang amat susah. Kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Si ayahnya hanyalah seorang petani ketika
anaknya masih lagi kecil. Si ayah telah membanting tulang setiap hari bagi
menyara mereka sekaluarga. Keadaan mereka sangat menyedihkan. Rumah
berbumbungkan kebocoran, pakaian hanya cukup pakai dan ada kalanya sumber
makanan harus dikongsi mereka bertiga. Namun si ayah tetap berusaha untuk
memenuhi keperluan mereka anak-beranak sehinggalah si ayah dapat mengumpulkan
wang yang tidak seberapa banyak. Wang tersebut telah menyebabkan si ayah memperolehi
tanah yang dalam hati si ayah ingin memjadikan tanah tersebut sebagai tanah
pusaka keluarga. Namun, si ayah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan
anaknya kerana tidak mahu anaknya apabila meningkat dewasa kelak menjadi
seorang yang tamak akan hartanya itu.
Hari demi hari berlalu, anak yang dahulunya kecil dan duhulunya
setahun jagung telah membesar dengan cepat. Anaknya itu akhirnya telah berjaya
menjadi pegawai kerajaan yang berpangkat pegawai. Kejayaan yang dia kecapi hari
ini adalah berkat usaha kedua ibu bapanya yang tidak bosan dan jemu mendidik
dan menyediakan semua keperluan harian walaupun tidak seberapa. Namun, disebalik
kejayaan yang telah dikecapi, anaknya itu umpama telah lupa akan asal-usul
mereka yang dulunya tidak mempunyai kekayaan ataupun kemewahan. Anaknya yang
dulunya mempunyai sifat rendah diri telah pun menjadi lupa daratan.
Setelah ayahnya
jatuh sakit, ibunya telah terlepas kata memberitahu tentang tanah yang keluarga
mereka perolehi hasil daripada ketekunan si ayah membanting tulang pada waktu
dahulu. Si ibu telah pun berjanji dengan si ayah bahawa tidak akan memberitahu
perkara ini kecuali sesuatu yang buruk berlaku pada si ayah. Oleh itu, si anak
yang telah mengetahui perkara tersebut mula hilang arah dan telah membayangkan
kekayaan yang akan diperolehinya jika tanah itu dijual. Namun si ayah telah
menyatakan bahawa tanah itu akan dijadikan tanah pusaka keluarga. Di situlah
terjadinya pergolakan ini yang akhirnya telah membawa anaknya ke hospital ini. Sebelum
mengetahui tentang perkara tanah tersebut, si anak jarang selaki pulang
kekampung. Apabila ditanya, dia akan member banyak alasan yang tidak menasabah
seperti kerja terlalu banyak di pejabat, tiada masa untuk pulang dan
sebagainya. Namun, akibat daripa tamak akan wang si anak sanggup pulang ke
kampong untuk berbicara tentang perkara itu. Dalam keadaan kurang sihat, si
ayah telah mengatakan sesuatu kepada anaknya. Kedengaran di telinga aku ini
seperti
“Kamu jangan jual tanah itu. Tanah itu ayah nak jadikan tanah
pusaka keluarga kita. Tanah ini hasil tangan ayah hanya untuk lihat anak cucu
ayah senang dalam masa yang panjang. Kalau kamu jual tanah ini. Duit itu akan
habis dalam sekelip mata. Jangan kamu tamak akan kesenangan sebentar.”
Si ayah seorang yang sangat berpandangan jauh walaupun anaknya member
pelbagai alasan untuk menjual tanah tersebut. Selang beberapa ketika kekecohan
yang berlaku sebentar tadi bertukar aman. Kekecohan itu terdiam akibat datangnya
seorang lelaki iaitu kawan baik kepada si ayah. Pak Samad ialah seorang pesara
petani. Dia merupakan seorang rakan yang sangat baik kepada si ayah. Jika si
ayah mempunyai masalah pasti pak samad akan menolongnya. Baik dari segi
kewangan mahupun nasihat. Kehadiran Pak samad tepat pada waktunya. Kekecohan
yang seketika tadi dapat menggamatkan keadaan tiba-tiba reda dengan kehadiran
Pak Samad. Pak Samad sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Tiba-tiba Pak Samad
membuka sarahannya. Si anak dengan angkuh mendengar tanpa ikhlas.
“Ayah kamu seorang yang sangat tabah. Kamu tahu tak.? Sewaktu kamu
masih kecil, keluarga kamu sangat susah dan tidak berharta. Ayah kamu
membanting tulang siang dan malam untuk menyara kamu sekeluarga. Dia juga
sanggup berpanas dan berhujan untuk mencari sesuap nasi untuk kamu. Jika dia
mempunyai wang lebih dia akan simpan walaupun nilainya sedikit.”
Kelihatan si anak mula mendongakkan kepala untuk mendengar
kata-kata pak samad yang berkemungkinan mempunyai nilai. Berkemungkinan sudah
ada keinsafan dalam diri anaknya. Pak samad meneruskan ceritanya lagi.
“ Kamu tahu tak, ayah kamu
ini mengidap sakit jantung? Dia harus dibedah tau.”
Si anak yang mendengar
berita itu berwajah terkejut. Dalam hatiku berfikir si anak belum tahu penyakit
yang dialami oleh ayahnya. Berkemungkinan sangkaannya, si ayah hanyalah
mengidap demam atau sakit biasa sahaja. Keadaan yang riuh tadi menjadi hiba. Si
anak mula menunjukkan wajah pilu terhadap si ayah. Si anak mula tersentuh
dengan peringatan yang telah pak samad ceritakan tadi. Si anak mula
mengeluarkan air mata. Dealam tidak semena-mena, si anak terus memegang tangan
si ayah untuk meminta ampun. Mungkin si anak sudah terdetik insaf dihati supaya
menghormati ibu bapanya. Si ayah dengan sifat kebapaaan dengan senang hati
mememaafkan anaknya walaupun si anak telah melukakan hatinya. Tiba-tiba datang seorang doktor yang
memberitahu bahawa masa pembedahan telah pun tiba. Dengan tidak semena-mena si
anak terus meminta maaf sekali lagi dan terus mengeluarkan air mata. Si ayah
yang dalam keadaan sakit turut mengeluarkan airmatanya. Sangat bernilai air
mata seorang ayah.
Troli yang menempatkan si ayah di tarik keluar
untuk memasuki bilik pembedahan. Keadaan di situ menjadi sangat sunyi dan pilu.
Si anak dan si ibu menyusuli si ayah ke wad pembedahan. Dalam perjalanan si ibu
terus berdoa supaya suaminya yang tercinta dapat diselamatkan. Si anak juga
kelihatan telah menyesali perbuatan yang dilakukannya terhadap ayahnya. Setelah
beberapa jam, tanda merah pada pintu wad bedah hospital ditutup. Kelihatan
keluar dari pintu wad seorang doktor yang mukanya sekilas pandang tersembunyi
kekecewaan. Namun apabila dilihat untuk kali keduanya doktor tersebut tersenyum
membawa tanda positif. Akhirnya si ayah dapat dengan diselamatkan hasil usaha
doktor dan si ibu yang tidak jemu berdoa kepada Allah s.w.t. berkemungkinan
berkat keinsafan si anak menguatkan semangat
si ayah untuk meneruskan kehidupan. Menurut maklumat yang telah aku perolehi
kemudian itu, si anak telah pun menjadi seorang yang sangat bertangungjawab.
Dia telah membawa kedua ibu bapanya ke kota untuk tinggal bersamanya. Tanah
yang dahulunya hendak dijual akhirnya menjadi sebuah kebun getah yang telah mengeluarkan
hasil yang amat lumayan hasil usaha mereka sekeluarga. Bayangkanlah jika tanah
itu dijual.
Tiba-tiba
kurasakan deruman enjin bas mula terasa perlahan. Rupa-rupanya destinasi yang
aku ingin tuju telah pun tiba. Kurasakan ingatan aku sebentar tadi bagaikan mimpi
dan khayalan. Peristiwa lalu yang hinggap difikiranku sebentar tadi membuatkan
aku seperti di alam mimpi kembali pada masa tersebut. Akhirnya aku menyedari
betapa kasihnya seorang ayah kepada setiap anaknya. Kisah tersebut membuatkan
aku sedar bahawa kita sebagai seorang anak haruslah menyayangi kedua ibu bapa
kita walaupun apa yang terjadi. Buruk baik mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Mereka
sanggup berkorban demi kita. Tetapi kita sebgai seorang anak belum pasti dapat
berkorban untuk mereka. Sesungguhnya kasih ayah tiada ternilai, kasih ibu
membawa kesyurga,
No comments:
Post a Comment