Friday, 8 March 2013

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku buat blog tok saja-saja buat ja,,, tapi sejak 2,3 hari ni kena guna plak blog ni tok dapat markah dalam kerja kursus. jadi mau tak mau kena jugak lah... Ada kawan plak tolong ajarkan macam mana nak buat blog ni,,, terima kasih la kepada yang menolong... lepas ni tak tau lagi pa yang kena buat,,, harap-harap tak dak masalah pa-pa lah,,, kepada kawan-kawan sekursus yang kena buat blog jugak,,, teruskan usaha anda... moga usaha anda itu diberkati oleh Allah s.w.t 

sekian,,,

Wednesday, 6 March 2013

cerita ni tak la ok sangt,, cuba la baca,,



KEHENINGAN pagi telah membawa aku ke stesen bas Baling. Keadaan pagi itu sangat hening. Gunung-gunung diselubungi gabus tebal seperti menunjukkan bahawa pagi tadi titisan hujan telah turun melimpahi bumi. Tetapi jalan-jalan yang aku lalui untuk menjejakkan kakiku ke stesen bas baling kelihatan kering kontang umpama diresapi bahang matahari. Mungkin hari semalam tidak hujan tetapi gabus yang melitupi gunung Baling yang tersergam indah itu menunjukkan suasanan kampungku yang masih lagi dalam keadaan bersih dari pencemaran alam. Perjalananku hari ini agak jauh ke selatan tanah air. Bas Transnasional berkerusi VIP yang akan aku naiki sebentar lagi akan membawaku ke tengah-tengah kesibukan kota. Kota yang aku maksudkan ini adalah kota raya Kuala Lumpur. Masa yang kunantikan telah pun tiba. Lambaian tangan daripada ahli keluarga tercinta menyebabkan hati sayu kembali lagi. Tetapi desakan pelajaran membuatkan aku tabah dalam menghadapi semua ini. Bas telah memulakan perjalanannya menyusuri jalan-jalan di lereng bukit gunung Inas. Pandangan mataku tertoleh kebelakang kembali melihat puncak gunung Baling.
 “Entah bila pulak aku nak balik ni”.
Hati ku bermonolog sendirian. Keadaan didalam bas kelihatan riuh kerana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pulang ke Kuala Lumpur  kerana cuti persekolahan akan melabuhkan tirainya dua tiga hari lagi. Tidak kurang juga anak-anak muda yang membawa diri mereka untuk mencari rezeki yang halal di Kuala Lumpur yang dikatakan “lubuk emas” kepada rakyat Malaysia. Aku juga akan meneruskan perjuanganku sebagai seorang perlajar di salah satu universiti di ibu kota sebelum aku melangkah kealam pekerjaan. Bas terus menyusuri  gunung Inas dan sampai ke stesen bas Kroh untuk memenuhkan penumpang. Keadaan dalam bas sebelum ini ditambah lagi keadaan riuh rendah apabila semua penumpang telah memenuhi runag tempat duduk di dalam bas. Setelah lima minit, bas terus bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
            Dalam keasyikan melihat pemandangan di luar tingkap, fikiranku tiba-tiba terkenangkan peristiwa yang telah berlaku tujuh tahun lalu. Di dalam sebuah wad yang dipanggil wad melor 1 di sebuah hospital di daerah baling menempatkan pesakit-pesakit dalam kalangan lelaki. Dalam wad tersebut menempatkan 12 orang pesakit. Tetapi ketika itu hanya terdapat 9 orang pesakit sahaja yang menghuni katil-katil di dalam wad tersebut. Pagi itu kelihatan jururawat mundar- mandir di dalam wad tersebut. Ini sudah menjadi kebiasaan wad tersebut pada waktu pagi. menjadi kebiasaan pesakit-pesakit yang menghuni wad Melor 1 akan diperiksa tekanan darah, tahap gula dalam badan, suhu kepanasan dan banyak lagi. Menjadi kebiasaan aku sebagai seorang tukang cuci sambilan akan meneruskan rutin harian dengan menyapu, menyuci lantai dan memeriksan keadaan tandas supaya dalam keadaan sempurna agar pesakit-pesakit dan semua staf dalam wad tersebut berada dalam keadaan yang ceria. Tetapi hari tersebut berlaku agak suram sedikit. Keadaan dalam wad agak diam dan pergerakkan tidak seperti keadaan yang sebelumnya.
Hatiku berbisik, “kenapa hari suram hah?” . Aku menjawab sendiri soalan yang diajukan dalam hatiku, “mungkin hari ni bukan hari minggu kot... tak ada yang ramai melawat saudara mara mereka kot hari ni…” bisikku lagi.

Dalam keasyikan aku melakukan tugas sebgai seorang tukang cuci sambilan, masuk seorang pesakit baru yang agar unzur keadaannya. Hidungnya yang dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan berkemungkinan dia mengalami penyakit asma atau sesak nafas. Dadanya juga telah dilengkapi dengan wayar-wayar yang menjadi kebiasaan pesakit lain sebelum ini yang ku tahu bahawa pesakit ini mengidap penyakit jantung. Disisinya setia menunggu seorang isteri yang yang ku fikir sangat setia dan sangat menyayanginya walaupun usia mereka semakin senja. Kelihatan isterinya berwajah muram dan terpancar mimik-mimik kesedihan tentang apa yang berlaku kepada suaminya.
Dalam wad yang berkeadaan suram aku lihat si isteri menuju ke dalam bilik air dan keluar dengan tangan, muka dan kaki yang basah mencapai surah yasin yang disediakan oleh wad dan terus duduk di sebelah suaminya. Dalam keadaan yang sedih dan pilu, si isteri memulakan bacaan surah yasin yang diaambilnya sebentar tadi dengan harapan Allah dapat menyembuhkan suaminya yang sedang terlantar sakit. Alunan yasin dapat kudengari sehingga ke hujung bucu wad tersebut. Keadaan wad terus menjadi kelu apabila mendengar bacaan surah yasin yang dibaca oleh seorang wanita yang sangat menyayangi Allah dan suaminya itu. Aku terus meneruskan tanggungjawabku. Kerana selepas ini aku perlu ke wad Melor 2 pulak untuk menunaikan tanggungjawab aku ini.
 Dalam kemerduan suarah yasin dan keasyikan aku bekerja. Tiba-tiba hadir seorang lelaki menuju masuk ke dalam wad tersebut. Mereka seperti sedang menanyakan sesuatu di kaunter wad tersebut. Aku menbayangkan mereka sedang mencari seseorang yang berkemungkinan orang itu berada dalam wad ini. Mungkin pesakit atau pun mungkin staf-staf yang bekerja di dalam wad ini. Tetapi belum pernah orang datang untuk mencari staf disini melainkan hanya untuk melawat pesakit sahaja. Sangkaan ku betul. Seorang lelaki yang baru sampai tadi mencari ayahnya yang sedang sakit. Rupa-rupanya, pakcik yang baru masuk tadi adalah ayahnya dan wanita yang sedang membaca yasin itu adalah ibunya.
            Tiba-tiba keadaan di dalam wad yang tadi dalam keadaan suram bertukar riuh. Keadaan menjadi agak genting apabila anaknya tiba-tiba telah meninggikan suara. Aku tidak mendengar dengan jelas perkataan yang disebut oleh anak pakcik itu. Setelah didengari dengan teliti, barulah aku tahu apa yang sebenarnya telah terjadi oleh keluarga mereka. Pada asalnya mereka adalah sebuah keluarga yang amat susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Si ayahnya hanyalah seorang petani ketika anaknya masih lagi kecil. Si ayah telah membanting tulang setiap hari bagi menyara mereka sekaluarga. Keadaan mereka sangat menyedihkan. Rumah berbumbungkan kebocoran, pakaian hanya cukup pakai dan ada kalanya sumber makanan harus dikongsi mereka bertiga. Namun si ayah tetap berusaha untuk memenuhi keperluan mereka anak-beranak sehinggalah si ayah dapat mengumpulkan wang yang tidak seberapa banyak. Wang tersebut telah menyebabkan si ayah memperolehi tanah yang dalam hati si ayah ingin memjadikan tanah tersebut sebagai tanah pusaka keluarga. Namun, si ayah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan anaknya kerana tidak mahu anaknya apabila meningkat dewasa kelak menjadi seorang yang tamak akan hartanya itu.
Hari demi hari berlalu, anak yang dahulunya kecil dan duhulunya setahun jagung telah membesar dengan cepat. Anaknya itu akhirnya telah berjaya menjadi pegawai kerajaan yang berpangkat pegawai. Kejayaan yang dia kecapi hari ini adalah berkat usaha kedua ibu bapanya yang tidak bosan dan jemu mendidik dan menyediakan semua keperluan harian walaupun tidak seberapa. Namun, disebalik kejayaan yang telah dikecapi, anaknya itu umpama telah lupa akan asal-usul mereka yang dulunya tidak mempunyai kekayaan ataupun kemewahan. Anaknya yang dulunya mempunyai sifat rendah diri telah pun menjadi lupa daratan.
            Setelah ayahnya jatuh sakit, ibunya telah terlepas kata memberitahu tentang tanah yang keluarga mereka perolehi hasil daripada ketekunan si ayah membanting tulang pada waktu dahulu. Si ibu telah pun berjanji dengan si ayah bahawa tidak akan memberitahu perkara ini kecuali sesuatu yang buruk berlaku pada si ayah. Oleh itu, si anak yang telah mengetahui perkara tersebut mula hilang arah dan telah membayangkan kekayaan yang akan diperolehinya jika tanah itu dijual. Namun si ayah telah menyatakan bahawa tanah itu akan dijadikan tanah pusaka keluarga. Di situlah terjadinya pergolakan ini yang akhirnya telah membawa anaknya ke hospital ini. Sebelum mengetahui tentang perkara tanah tersebut, si anak jarang selaki pulang kekampung. Apabila ditanya, dia akan member banyak alasan yang tidak menasabah seperti kerja terlalu banyak di pejabat, tiada masa untuk pulang dan sebagainya. Namun, akibat daripa tamak akan wang si anak sanggup pulang ke kampong untuk berbicara tentang perkara itu. Dalam keadaan kurang sihat, si ayah telah mengatakan sesuatu kepada anaknya. Kedengaran di telinga aku ini seperti
“Kamu jangan jual tanah itu. Tanah itu ayah nak jadikan tanah pusaka keluarga kita. Tanah ini hasil tangan ayah hanya untuk lihat anak cucu ayah senang dalam masa yang panjang. Kalau kamu jual tanah ini. Duit itu akan habis dalam sekelip mata. Jangan kamu tamak akan kesenangan sebentar.”
Si ayah seorang yang sangat berpandangan jauh walaupun anaknya member pelbagai alasan untuk menjual tanah tersebut. Selang beberapa ketika kekecohan yang berlaku sebentar tadi bertukar aman. Kekecohan itu terdiam akibat datangnya seorang lelaki iaitu kawan baik kepada si ayah. Pak Samad ialah seorang pesara petani. Dia merupakan seorang rakan yang sangat baik kepada si ayah. Jika si ayah mempunyai masalah pasti pak samad akan menolongnya. Baik dari segi kewangan mahupun nasihat. Kehadiran Pak samad tepat pada waktunya. Kekecohan yang seketika tadi dapat menggamatkan keadaan tiba-tiba reda dengan kehadiran Pak Samad. Pak Samad sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Tiba-tiba Pak Samad membuka sarahannya. Si anak dengan angkuh mendengar tanpa ikhlas.
“Ayah kamu seorang yang sangat tabah. Kamu tahu tak.? Sewaktu kamu masih kecil, keluarga kamu sangat susah dan tidak berharta. Ayah kamu membanting tulang siang dan malam untuk menyara kamu sekeluarga. Dia juga sanggup berpanas dan berhujan untuk mencari sesuap nasi untuk kamu. Jika dia mempunyai wang lebih dia akan simpan walaupun nilainya sedikit.”
Kelihatan si anak mula mendongakkan kepala untuk mendengar kata-kata pak samad yang berkemungkinan mempunyai nilai. Berkemungkinan sudah ada keinsafan dalam diri anaknya. Pak samad meneruskan ceritanya lagi.
 “ Kamu tahu tak, ayah kamu ini mengidap sakit jantung? Dia harus dibedah tau.”
 Si anak yang mendengar berita itu berwajah terkejut. Dalam hatiku berfikir si anak belum tahu penyakit yang dialami oleh ayahnya. Berkemungkinan sangkaannya, si ayah hanyalah mengidap demam atau sakit biasa sahaja. Keadaan yang riuh tadi menjadi hiba. Si anak mula menunjukkan wajah pilu terhadap si ayah. Si anak mula tersentuh dengan peringatan yang telah pak samad ceritakan tadi. Si anak mula mengeluarkan air mata. Dealam tidak semena-mena, si anak terus memegang tangan si ayah untuk meminta ampun. Mungkin si anak sudah terdetik insaf dihati supaya menghormati ibu bapanya. Si ayah dengan sifat kebapaaan dengan senang hati mememaafkan anaknya walaupun si anak telah melukakan hatinya.  Tiba-tiba datang seorang doktor yang memberitahu bahawa masa pembedahan telah pun tiba. Dengan tidak semena-mena si anak terus meminta maaf sekali lagi dan terus mengeluarkan air mata. Si ayah yang dalam keadaan sakit turut mengeluarkan airmatanya. Sangat bernilai air mata seorang ayah.
  Troli yang menempatkan si ayah di tarik keluar untuk memasuki bilik pembedahan. Keadaan di situ menjadi sangat sunyi dan pilu. Si anak dan si ibu menyusuli si ayah ke wad pembedahan. Dalam perjalanan si ibu terus berdoa supaya suaminya yang tercinta dapat diselamatkan. Si anak juga kelihatan telah menyesali perbuatan yang dilakukannya terhadap ayahnya. Setelah beberapa jam, tanda merah pada pintu wad bedah hospital ditutup. Kelihatan keluar dari pintu wad seorang doktor yang mukanya sekilas pandang tersembunyi kekecewaan. Namun apabila dilihat untuk kali keduanya doktor tersebut tersenyum membawa tanda positif. Akhirnya si ayah dapat dengan diselamatkan hasil usaha doktor dan si ibu yang tidak jemu berdoa kepada Allah s.w.t. berkemungkinan berkat keinsafan  si anak menguatkan semangat si ayah untuk meneruskan kehidupan. Menurut maklumat yang telah aku perolehi kemudian itu, si anak telah pun menjadi seorang yang sangat bertangungjawab. Dia telah membawa kedua ibu bapanya ke kota untuk tinggal bersamanya. Tanah yang dahulunya hendak dijual akhirnya menjadi sebuah kebun getah yang telah mengeluarkan hasil yang amat lumayan hasil usaha mereka sekeluarga. Bayangkanlah jika tanah itu dijual.
            Tiba-tiba kurasakan deruman enjin bas mula terasa perlahan. Rupa-rupanya destinasi yang aku ingin tuju telah pun tiba. Kurasakan ingatan aku sebentar tadi bagaikan mimpi dan khayalan. Peristiwa lalu yang hinggap difikiranku sebentar tadi membuatkan aku seperti di alam mimpi kembali pada masa tersebut. Akhirnya aku menyedari betapa kasihnya seorang ayah kepada setiap anaknya. Kisah tersebut membuatkan aku sedar bahawa kita sebagai seorang anak haruslah menyayangi kedua ibu bapa kita walaupun apa yang terjadi. Buruk baik mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Mereka sanggup berkorban demi kita. Tetapi kita sebgai seorang anak belum pasti dapat berkorban untuk mereka. Sesungguhnya kasih ayah tiada ternilai, kasih ibu membawa kesyurga,


BBM3410

MINGGU 4, 13/3/2013
  • GUNTING
  • GAM
  • PENEBUK LUBANG
  • PEMBARIS
  • MAJALAH LAMA - BERKILAT
  • REBEN - 1/4 INCI LEBAR, 1/2 METER PANJANG
  • MOUNTING BOARD SAIZ A4
  • PISAU/CUTTER
"nak buat apa ni agak-agak ya?"